Pemain pertahanan skuad kebangsaan, Junior Eldstal mengucapkan terima kasih kepada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Ia susulan pemain berusia 30 tahun itu diberi peluang sekali lagi untuk menyarung jersi Harimau Selatan selepas bersama kelab itu pada 2015 hingga 2018.
“Berasa bagus untuk kembali ke rumah. Terima kasih @hrhcrownprinceofjohor (Tunku Ismail), @officialjohor (JDT),” tulis Eldstal di laman Instagram miliknya.Eldstal sebelum ini beraksi dalam saingan Thai League 1 bersama Chonburi sejak tahun lalu dan menjadi antara pemain baharu yang dimumkan JDT, semalam.
Selain Eldstal, JDT turut mengumumkan pemain tengah dari Gabon, Levy Madinda sebagai tonggak import terbaharu mereka.Ini bukan pengalaman baharu buat Madinda beraksi bersama pasukan Liga Malaysia (Liga M) kerana dia sudah pernah mewakili Sabah pada musim lalu.
Menerusi status di laman Instagram miliknya, pemain berusia 30 tahun itu turut mengakui teruja untuk menyertai keluarga JDT.Saya sangat gembira untuk menyertai keluarga hebat ini yang membuka pintu kepada saya. Sekarang masa untuk bekerja dan memberikan yang terbaik,” tulisnya.
sumber:- BH
Madinda dilaporkan mempunyai 53 penampilan bersama skuad kebangsaan Gabon dan pernah beraksi bersama pemain Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang.