sukan

Umpama Seperti Kim Pan-Gon Diperlukan Dalam Liga M

Kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) disaran cuba beralih selera dengan menggunakan khidmat jurulatih dari Korea Selatan untuk memacu pasukan mereka dalam k4ncah bola sepak tempatan.Kejayaan Kim Pan Gon mengubah corak permainan skuad kebangsaan dianggap sebagai petunjuk utama dan tidak mustahil perkara sama boleh berlaku kepada pasukan Liga M.

Ia juga susulan beberapa siri kegag4lan jurulatih asing terutama dari Eropah untuk membawa pasukan yang dilatih mereka meraih keputusan seperti diharapkan pengurusan dan penyokong.

Untuk rekod, bekas jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic menjadi jurulatih pertama dip3cat dalam Liga Super musim ini sebelum Penang menggvgurkan Tomas Trucha.

Kini, dua pasukan ternama, Selangor dan Sri Pahang juga tampak ‘bergolak’ selepas muncul des4kan daripada penyokong kedua-dua pasukan itu supaya memecat pengendali dari Jerman dan Perancis, Michael Feichtenbeiner dan dan Christophe Gamel.

Ia juga disebabkan faktor prestasi dengan Selangor yang dic4nang mampu menjadi pencabar kejuaraan Liga Super musim ini sekadar berada di tangga ketujuh, mengumpul 12 mata selepas sembilan perlawanan.

Sri Pahang berdepan nasib lebih buruk apabila skuad Tok Gajah yang dulunya berstatus gergasi kini berada dalam zon penylngkiran dan hanya menang dua kali dalam 11 perlawanan yang diharungi.

Pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli beranggapan tidak salah sekiranya pasukan seperti Selangor dan Sri Pahang cuba membawa pengendali dari Korea Selatan untuk membimbing pasukan itu.

Beliau yang juga Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan kehadiran jurulatih Korea Selatan mungkin boleh membawa kelainan terhadap corak permainan pasukan seperti yang sudah dibuktikan Pan Gon.

Katanya, ia bukan sahaja boleh menguntungkan kelab, tetapi juga mungkin mampu memberi impak lebih besar kepada falsafah atau DNA pasukan Harimau Malaya yang diterapkan Pan Gon.

Saya rasa sangat di alu-alukan (kelab lantik jurulatih dari Korea Selatan). Saya nampak ini yang harus kita ubah kalau betul-betul nak cepatkan lagi proses untuk pembentukan skuad kebangsaan yang lebih mantap.Sepatutnya kita beri gal4kan, kita memang patut bergerak ke arah itu. Lainlah kalau kita sudah ada DNA kita sendiri, semua orang ikut DNA itu, tiada masalah.

Jerman cara lain, Argentina cara lain, yang datang dari Singapura pun cara lain. Anda tak boleh paksa mereka, objektif mereka nak menang saja.Bila Pan Gon dekat atas, kita nampak keberkesanan corak permainan atau kaedah kejurulatihan yang dibawanya. Jadi secara perlahan mungkin ada pasukan yang boleh bawa jurulatih dari Korea Selatan yang mungkin juga bayarannya tidak terlalu tinggi,” katanya.

sumber:- BH

Keupayaan jurulatih tempatan juga tidak boleh diperkecilkan dengan Asri Ninggal yang menggantikan Vidakovic dilihat berjaya memulihkan prestasi Melaka United selain Datuk Ong Kim Swee memacu Sabah untuk berada pada prestasi terbaik setakat ini.