sukan

Ala Afro menjelaskan mana-mana pun boleh

Striker skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Muhammad Najmudin Akmal tetap mahu memburu tiga mata pada aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan AFF B-19 men3ntang Laos di Stadium Patriot Candrabhaga, petang esok.

Jelas Najmudin, dia dan rakan sepasukan tidak mahu melepaskan mata begitu saja apabila berazam untuk melakar kemenangan, sekali gus muncul juara kumpulan itu.Kami akan cuba dapatkan tiga mata juga,” katanya yang kini sudah mel3dak dua gol dalam dua aksi.

Katanya, dia tidak kisah siapa lawan di peringkat separuh akhir nanti apabila Vietnam, Thailand dan Indonesia dijangka mengisi dua slot terbaik dari Kumpulan A.

Untuk rekod, kedudukan Malaysia dan Laos sudah terjamin dari Kumpulan B selepas kedua-dua pasukan mengumpul mata yang tinggi dan aksi terakhir ini hanya untuk meneruskan siapa juara dan naib juara.

“Mana-mana (lawan dari Kumpulan A) pun boleh,” katanya yang terkenal dengan gaya rambut ala Afro.

Selain itu, bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari itu mengakui bersyukur dapat membantu pasukan melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Timor Leste.

Alhamdulillah kami berjaya menang dan mendapat tiga mata dan automatik ke separuh akhir, rasa bersyukur.

sumber:- HM

“Kami mengikut t4ktikal jurulatih dan semua berjalan lancar,” katanya.