sukan

Pemain ranking ke-45 dunia cipta sesuatu

Pemain di ranking ke-45 dunia dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo mencipta sensasi apabila menew4skan pilihan kelapan, Ng Ka Long Angus pada final perseorangan lelaki badminton Masters Malaysia di Axiata Arena sebentar tadi.

Chico yang kali terakhir menjuarai kejohanan di Cabaran Antarabangsa Indonesia 2018 meraih kejuaraan sulungnya itu selepas menewaskan Angus dari Hong Kong 22-20, 21-15 dalam tempoh 45 minit.

Kemenangannya itu juga merapatkan jurang kemenangan Chico dengan Angus dalam tiga pertemuan dengan 1-2 ketika ini selepas ditunjuk keluar seawal pusingan pertama di laman sendiri di Masters Indonesia 2021.Dalam acara perseorangan wanita, pemainKorea Selatan, An Se Young turut melakar kejutan apabila menewaskan seteru dari China, Chen Yu Fei buat kali pertamanya dalam lapan pertemuan antara mereka sebelum ini.

Se Young yang berada di ranking keempat dunia, mengenepikan Yu Fei (ranking ketiga) dengan keputusan 21-17, 21-5 dalam tempoh 38 minit sekali gus meletakkan namanya sebagai pemain wanita Korea Selatan pertama memenangi kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 itu.

Kemenangannya di Axiata Arena Bukit Jalil itu juga sekali gus merekodkan gelaran keduanya bagi musim ini selepas menjuarai Terbuka Korea Selatan yang berlangsung di Suncheon April lalu.

Sementara itu, beregu wanita China, Chen Qing Chen -Jia Yi Fan menewaskan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, 21-11, 21-12 untuk meraih gelaran keempatnya musim ini.

sumber:- HM

Sebelum ini, Qing Chen-Yi Fan meraih gelaran di Masters Indonesia, Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Jerman.