KUALA LUMPUR: Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara mengesahkan slot ke separuh akhir Kejuaraan B-19 AFF selepas menewaskan Timor Leste 4-3 dalam aksi yang mendeb4rkan di Stadium Madya, Senayan, Jakarta, sebentar tadi.
Skuad kendalian Hassan Sazali Waras hanya memerlukan sembilan minit untuk berada di depan hasil penyvdah Najmudin Akmal Kamal Akmal.
Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan dua minit apabila Cristevao Moniz Fernandes menyamakan kedudukan buat Timor Lester.
Perlawanan terus berlangsung r4ncak dengan skuad negara kembali mendahului menerusi jaringan yang disumbangkan Adam Farhan Faizal pada minit ke-15.
Aliff Izwan Yuslan berjaya mel3dak gol ketiga Malaysia pada minit ke-53, namun dua minit kemudian Timor Leste merapatkan kedudukan menerusi Mario Donasio Quintao.
Adam Farhan sekali lagi menjarakkan kedudukan buat skuad negara dengan meledak gol keempat pada minit ke-62 dan walaupun Quintao berjaya menyvmbang gol ketiga Timor Leste pada minit ke-76, namun ia tidak cukup untuk mengh4lang kemenangan Malaysia.
sumber:bh
Skuad negara menghuni tangga kedua dengan mengumpul tujuh mata, dua mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Laos dan kedua-dua pasukan itu akan membuat perhitvngan dalam aksi terakhir, Isnin ini bagi menentukan juara kumpulan.