Skuad bolasepak wanita negara berdepan kekalahan kedua dalam Kejohanan Wanita AFF selepas tewas 0-4 kepada Thailand di Stadium Bolasepak Binan, Filipina sebentar tadi.
Biarpun terdapat jurang ketara daripada segi kualiti, pasukan kebangsaan, bagaimanapun, berhasil mengimbangi permainan lawan dan hanya dibolosi satu gol — yang dijaringkan Ploychompoo Somnonk pada minit ke-25 — sepanjang babak pertama.
Aksi sebenar mula dipamerkan Thailand dalam babak kedua dan selepas 10 minit perlawanan bersambung, Pattaranan Aupachai menjadikan kedudukan 2-0 sebelum U-raiporn Yongkul menambah gol ketiga skuad Gajah Perang itu pada minit ke-74.
Nutwadee Pramnak kemudian melengkapkan kemenangan besar Thailand pada minit ke-86, sekali gus melonjak ke tangga kedua di belakang Filipina.
sumber:- SA
Kelakalahan kedua daripada empat perlawanan itu pula menyaksikan skuad negara kekal di tangga keempat dengan dua mata menjelang aksi terakhir Kumpulan A men3ntang Australia pada Selasa ini.