sukan

JDT Kelab terkaya di Asia Tenggara

Kuala Lumpur: Siapa sangka kelab tempatan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebenarnya adalah kelab terkaya yang berada dalam kelompok 100 Asia ketika terdapat ribuan kelab yang ada di benua ini.

Dengan mencatat nilai RM39.8 juta, JDT berada di tangga 83 Asia berdasarkan kepada laman ses4wang terkenal, transfermarkt.com.

Malah, dengan memiliki himpunan bintang bola sepak tempatan dan antarabangsa selain mempunyai stadium berkelas antarabangsa meletakkan JDT sebagai kelab paling kaya di rantau ini.

Nilai tertinggi itu menyaksikan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu memintas kelab Thailand, Buriram United di tangga kedua dengan RM38.2 juta diikuti BG Pathum United (RM34.8 juta).

Kedudukan itu juga sebenarnya meletakkan skuad Harimau Selatan bersaing hebat dengan kelab-kelab terbaik Asia di mana kelab-kelab Arab Saudi memonopoli tangga teratas.

Berdasarkan perkiraan, Al-Hilal di tangga pertama dengan nilai RM275 juta.

Sementara itu, kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dinobatkan kelab terkaya dunia dengan nilai RM5 bilion.

SUMBER:HMETRO

Ia diikuti Paris Saint Germain (PSG) dengan RM4 bilion dan Liverpool dengan nilai RM3.9 bilion.