sukan

Nasib Harimau Malaya B-19

Kuala Lumpur: Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara men3Mpah laluan berliku dalam aksi separuh akhir Kejuaraan AFF B-19 di Indonesia apabila dijadual bertemu Vietnam, Rabu ini.

Ia susulan selepas skuad muda negara itu hanya mampu menamatkan saingan Kumpulan B selaku naib juara di belakang Laos yang berjaya muncul juara menerusi kemenangan 0-1 ke atas anak buah Hassan Sazali Waras itu.Dalam aksi terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi itu, Laos meraih gol tvnggal perlawanan menerusi penalti Phoutthavong Sangvilay di minit ke-68.

Walaupun tew4s, ia tidak memberi kesan kerana Malaysia dan Laos sudah pun mengesahkan kem4raan ke peringkat kal4h m4ati lebih awal, namun aksi terakhir itu dilihat penting bagi mengelak bertemu juara Kumpulan A iaitu Vietnam.

Begitupun, berdasarkan kesebelasan utama yang diletakkan Hassan, sememangnya skuad negara seperti mencari satu mata apabila ramai pemain utama direhatkan.

Tindakan itu kerana ingin memberi lebih rehat buat pemain menjelang aksi separuh akhir nanti.

Begitupun, Laos tampaknya lebih bernasib baik apabila meraih gol kemenangan hasil penalti Sangvilay selepas pertahanan negara menarik pemain lawan sekaligus pengadil tidak menghadiahkan sepakan itu.

SUMBER:HMETRO

Laos pula akan menentang Thailand di separuh akhir Rabu ini.