KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) mengharapkan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur tidak lagi ‘dit4wan’ oleh penyokong lawan setiap kali pasukan itu beraksi sebagai tuan rumah di gelanggang berkenaan.
Justeru, Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad mengg3sa penyokong skuad warga kota supaya dapat memberikan sok0ngan secara fizikal kepada KL City FC dengan membanjiri stadium pada hari perlawanan.
Katanya, prestasi yang ditunjukkan skuad bimbingan Bojan Hodak itu seharusnya menjadi jVstifikasi supaya lebih ramai penyokong dapat hadir menz4hirkan sokongan mereka kepada pasukan itu.
“Kadangkala kita beraksi di stadium sendiri tetapi maL4ngnya, nampak seperti kita main di stadium orang lain. Nampaknya penyokong luar yang lebih ramai lagi lagi kalau beraksi men3ntang pasukan yang besar dan ternama.
Contohnya seperti aksi menentang Sri Pahang FC dan Melaka United FC sebelum ini, kita seolah-olah tidak pasti kita bermain di stadium mana.
Jadi saya meny3ru warga Kuala Lumpur yang memiliki visi, wawasan dan harapan yang sama dengan kami yang mahu menjadikan pasukan ini seperti mana yang boleh dibanggakan. Kita mahu mereka bersama kita.
“Penyokong jang4nlah setakat ikut pasukan menerusi Youtube ataupun di rumah, zahirkan sokongan anda dengan hadir ke stadium bagi menjayakan usaha kita ini,” kata Khalid.
Sebagai rekod, KL City FC berjaya merangkul Piala Malaysia dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final, tahun lalu.
SUMBER: BH
Sekalipun berdepan prestasi tidak menentu dalam Liga Super pada musim ini namun mereka berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC 2022.