sukan

Berharap dia kembali ke pangkal jalan semula

Bekas pemain kebangsaan, Mohd Faizal Muhamad kesal dan terk3jut jika benar bekas pemain bola sepak skuad Harimau Malaya terbabit dengan penyal4hgunaan d@dah.

Mohd Faizal, 33, yang terpaksa g4ntung but lebih awal ketika usia 30 tahun kerana mengalami kec@catan kekal mata kanan selepas terbabit kem4langan di Kilometer 250.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), pada 26 Mei 2019, bagaimanapun mengharapkan aktiviti tidak sihat itu tidak menular kepada pemain lain.

Bekas pemain Terengganu kelahiran Marang yang kini bergelar pemaju hartanah itu turut mengharapkan pihak bertanggungjawab dapat menangani isv dad4h dengan lebih pantas dan serius agar ia tidak menjadi b4rah terutama dalam kalangan penggiat sukan nombor satu dunia itu.

Sejujurnya saya terkejut selepas mendengar berita bekas pemain kebangsaan terbabit dengan aktiviti tidak sihat itu lebih-lebih lagi sukan nombor satu ini kian menunjukkan peningkatan bermula daripada pasukan remaja hinggalah senior.

Andai ia benar berlaku ke atas pemain ditahan itu, saya sebagai bekas pemain kebangsaan begitu kesal dan kecewa dengan tindakan tidak bermoral pemain berkenaan.

“Ini kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan imej pemain itu sendiri, tetapi boleh menjejaskan imej bola sepak negara,” kata Mohd Faizal yang bersara pada 2020.

Bekas pemain pertahanan kental itu mengharapkan pemain berkenaan kembali ke pangkal jalan selain menjadi pengajaran berguna kepada semua penggiat bola sepak kerana ia boleh merosakkan karier seseorang.

Nasihat saya sebagai bekas pemain, ia satu kervgian yang besar buat pemain itu sendiri dan negara.

“Jadi harapan saya agar perkara itu menjadi pengajaran berguna buat semua sambil meletakkan harapan tinggi agar semua dapat menjauhi aktiviti tidak berm0ral itu,” katanya kali terakhir beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) ketika menyarung jersi Melaka United pada 2019.

sumber:- HM

Terdahulu seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan berusia 36 tahun yang pernah menyarung jersi beberapa pasukan Liga Super dikatakan ditahan selepas disy4ki memiliki d@dah jenis di Johor Bahru.