sukan

Nasib di Dalam Liga M

Sarawak United FC berdepan nasib mal4ng selepas pendatang baharu Liga Super itu dikenakan sekatan perpindahan pemain tempatan dan asing untuk tiga jendela perpindahan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ini susulan kegag4lan pasukan itu melunaskan tunggakan gaji dan pampasan bekas pemain importnya, Sandro da Silva yang berjumlah lebih RM150,000 dan perkembangan mengenai hukVman FIFA itu disahkan oleh peguam Sandro, Mohd Zhafri Aminurashid kepada BH Sukan, semalam.

Keputusan FIFA sudahpun dikeluarkan jadi mereka harus jelaskan pembayaran itu dalam tempoh masa 45 hari iaitu sehingga 18 Jun lalu. Tetapi mereka gagal melakukannya sehingga tarikh yang dinyatakan.

“Jadi pasukan itu dikenakan sekatan perpindahan pemain tempatan dan asing sehingga tiga tempoh pendaftaran pemain secara berturutan,” katanya.

Sebagai rekod, FIFA menyatakan Sarawak United g4gal mematuhi obligasi kewangan mengikut keputusan yang diputuskan oleh badan induk sekali gus menyaksikan hukuman itu terpaksa dikenakan.

Justeru, FIFA memaklumkan ahli gabvngan mereka yang menaungi pasukan itu iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memastikan hukuman itu dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Dalam masa sama, Zhafri tidak menolak hukvman lebih ‘ker4s’ boleh menanti Sarawak sekiranya terus g4gal mematuhi keputusan FIFA dan enggan membayar tunggakan seperti dituntut oleh Sandro.

Kalau perkara ini berlanjutan, k3s boleh dibawa ke Jawatankuasa Disiplin FIFA dan selepas itu, hukvman lebih ber4t boleh dikenakan kepada mereka.

sumber:- BH

“Antaranya, penolakan mata atau sekatan untuk mendaftarkan pemain,” katanya.