KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, menafikan kerajaan negeri pimpinannya tidak melakukan kerja penyel3nggaraan Stadium Shah Alam secara berterusan, seperti yang didakwa Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata, mas4lah keros4kan stadium itu sudah berlarutan sejak zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di mana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
“Keros4kan (stadium) itu bukan perkara baharu. Ia perlu ditangani secara menyeluruh termasuk cadangan mer0boh.
“Beliau (Noh) tidak faham apa-apa. Sebab itu, beliau keluarkan statement (kenyataan) begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan tertinggi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan K0rban Perdana PKPS di Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.
Pada masa sama, Amirudin menjelaskan, kerajaan negeri sudah melaksanakan kajian sejak dari awal berhubung status Stadium Shah Alam sama ada perlu disel3nggara atau dirob0hkan bagi penjimatan kos.
“Setiap tahun, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk kos penyel3nggaraan selain terpaksa membelanjakan lebih RM30 juta bagi kerja baik pulih sistem perpaipan yang ros4k tervk.
“Peruntukan tidak pernah kurang, tetapi ada beberapa nilai atau bangunan berusia lebih 30 tahun kena semak semula. Sebab itu, kita mesti lakukan semakan yang tepat, baru boleh tahu kedudukan dan mas4lah bangunan terbabit,” katanya.
Media semalam melaporkan Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirob0hkan jika disel3nggara dengan baik oleh kerajaan negeri.
sumber: bh
Noh dilaporkan berkata, adalah sesuatu yang menduk4citakan jika kerajaan negeri mengambil keputusan itu kerana pembangunan yang sedia ada sepatutnya diteruskan kesinambungannya walaupun diterajui oleh kerajaan dan parti berbeza.