KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia, KL City FC jelas berdepan situasi yang meny3dihkan apabila terpaksa ‘mer3mpat’ dengan berlatih di padang yang tidak begitu baik.
Perkara itu diakui Presiden Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad yang sekali lagi mengharapkan supaya Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dapat ‘dipulangkan’ kepada pihak yang berkepentingan demi kemajuan pasukan itu.
Katanya, ketiadaan stadium yang boleh digunakan untuk sesi latihan menyebabkan persiapan pasukan sedikit terjejas sekali gus mengganggu prestasi pasukan apabila berentap dalam saingan tempatan.
“Keadaan padang tidak begitu elok sebab digunakan begitu kerap oleh pasukan bola sepak lain kerana pihak syarikat swasta ini hendak dapatkan pendapatan, jadi dia sewakan sampai enam tujuh pasukan bermain.
“Kita (KL City) sendiri nak adakan latihan (agak) terhad, kita terpaksa adakan latihan di Padang Pudu Ulu. Pihak swasta dapat paj4kan (stadium) ini untuk tujuan komersi4l semata-mata.
“Tiada stadium pun menimbulkan mas4lah kerana kita berlatih di Padang Pudu Ulu. Kita dapat mesej daripada Bojan (Hodak) yang mengadu bahawa mereka tidak dapat menjalani latihan di stadium.
“Kita berlatih di atas padang yang ker4s dan menyebabkan keced3raan pada pemain. Baru baru ini Paulo (Josue) mengalami keced3raan ringan ketika berlatih tetapi keced3raannya serius apabila diturunkan sehingga terpaksa dikeluarkan.
“Banyak kali juga Bojan meng4du tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan kerana terlalu banyak kek4ngan, Tetapi pasukan masih memberikan keputusan yang baik,” katanya.
Sebagai rekod, Khalid sebelum ini menggesa supaya stadium berkenaan diserahkan semula kepada pihak berkepentingan seperti KLFA. KL City FC ataupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ini kerana katanya pihak swasta yang diamanahkan untuk menyel3nggara venue berkenaan didapati gagal menunaikan tanggungjawab sebaiknya hingga menimbulkan beberapa mas4lah terutama ketika saingan Piala AFC baru-baru ini.
sumber:bh
Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Arcadin Services Sdn Bhd, Afizal Abu Othman menegaskan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah pasti tidak membenarkan perlawanan Piala AFC di venue berkenaan jika stadium berkenaan tidak diuruskan dengan baik serta mempunyai mas4lah.