sukan

Tekad cipta kemenangan dengan KDA FC

Beraksi dengan 10 pemain ketika meng3kang pergerakan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) daripada bergerak bebas pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, minggu lalu menjadi detik manis buat pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Muhammad Azam Azmi Murad.

Malah pemain muda meningkat naik berusia 21 tahun itu bagaikan tidak percaya dia bersama rakan sepasukannya terutama di barisan pertahanan mampu mengekang asakan bertali arus skuad Kenari yang beraksi dengan 11 pemain selama 40 minit pada babak kedua perlawanan.

Justeru, pertemuan sekali lagi dengan skuad Kenari pada aksi Liga Super di stadium sama Jumaat ini, bekas murid Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus itu mahu terus membuktikan kemampuannya bertahan bersama rakan sepasukan.

Bintang skuad muda kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) itu juga mahu menepis usikan sesetengah peminat yang mendakwa kemenangan tipis 1-0 menundukkan skuad KDA FC pada aksi Piala FA itu adalah kerana faktor nasib.

Bertembung sekali lagi dengan skuad Kedah sudah tentu saya mahu mengulangi pencapaian cemerlang bersama rakan sepasukan yang berjaya meng3kang lawan daripada mendapatkan jaringan.

Saya juga bagaikan tidak sabar untuk turun dalam perlawanan itu bagi memastikan misi memburu tiga mata dan memintas skuad lawan tidak terlepas begitu sahaja lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri dengan laungan ribuan penyokong setia.

“Bagaimanapun saya mengingatkan diri dan rakan sepasukan agar tidak mengambil mudah pertemuan itu kerana sudah pasti lawan bakal hadir dengan strategi berbeza termasuk bakal menyenaraikan semula kapten mereka yang tidak diturunkan minggu lalu kerana kec3d3raan,” katanya ketika dihubungi.

sumber:- BH

Pada perlawanan men3ntang skuad Kenari itu, Muhammad Azam yang bergandingan dengan Shahrul Nizam Ros Hasni, Muhammad Alif Zakaria dan Pape Diakite di posisi pertahanan sebelum Muhammad Hairiey Hakim Mamat dimasukkan selepas Diakite dilayangkan kad merah pada minit ke-50 beraksi cemerlang sehingga dinobatkan pemain terbaik perlawanan.