Semasa sukan

Terpaksa dibat4lkan kerana tuntutan pihak polis Indonesia

Ibarat kena ‘sc4m’ apabila aksi persahabatan membabitkan Kelantan FC serta PSPS Riau yang sepatutnya berlangsung semalam di Stadium Utama Riau, Pekan Baru terpaksa dibat4lkan susulan tuntutan bayaran sebanyak 40 juta rupiah (RM11,800) oleh pihak polis.

Lebih mengec3wakan ialah tuntutan itu hanya diminta kira-kira satu jam sebelum berlangsungnya perlawanan sekali gus menyebabkan pemilik kedua-dua kelab itu, Norizam Tukiman tidak dapat memenuhi tuntutan berkenaan.

Norizam berkata, segala persiapan sudah dilakukan kedua-dua pasukan menjelang perlawanan ‘Battle of The Real Warriors’ itu namun atas hal4ngan berkenaan, ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

“Satu jam sebelum perlawanan, koordinator pasukan diminta pergi ke Polresta (Balai Polis Pekan Baru) dan diminta wang sebanyak 40 juta rupiah. Kalau tak diberikan wang itu, perlawanan akan dibat4lkan. Jadi itulah mas4lahnya,” katanya.

PSPS Riau menerusi satu kenyataan berkata sebelum ini pihak kelab sudah pun mengemukakan surat meminta izin untuk mengadakan perlawanan itu yang sudah diluluskan oleh polis pada 8 Julai lalu.

Norizam menambah, pihaknya akan memberikan kemasukan percuma kepada penyokong kedua-dua pasukan yang sudah pun membeli tiket sekiranya perlawanan itu dapat dilangsungkan semula selepas ini.

Saya hendak beritahu kepada semua penyokong yang datang ke stadium membeli tiket secara dalam talian atau membeli di stadium, jika isu 40 juta rupiah ini selesai dan kami tidak dikenakan bayaran, maka kami akan mengadakan semula perlawanan persahabatan ini.

Insya-Allah kita akan memberikan (kemasukan) percuma kepada semua supaya mereka dapat menonton perlawanan persahabatan ini. Jadi sekali lagi mengenai pembatalan perlawanan ini bukan kehendak saya selaku pemilik kedua-dua kelab tapi atas desakan polis yang meminta 40 juta rupiah.

sumber:- HM

“Saya menerima panggilan untuk perlawanan diteruskan tetapi saya risau mereka (polis) meminta wang 40 juta rupiah selepas tamat perlawanan. Jadi saya rasa baiklah kita tangguhkan dahulu untuk dapatkan penjelasan isu ini,” katanya.