sukan

Reaksi Pengendali Laos Micheal Weiss tentang Final Esok

KUALA LUMPUR: Sekalipun pernah menewaskan Malaysia pada aksi peringkat kumpulan, pengendali skuad Bawah 19 tahun (B-19) Laos, Micheal Weiss memberi amr4an kepada anak buahnya supaya tidak terbuai untuk aksi final, malam ini.

Ini kerana Weiss menjangkakan Malaysia yang akan turun ke final Kejuaraan B-19 buat kali keempat berturut-turut itu pasti tampil dengan semangat yang berbeza dalam misi mer3but kejuaraan terbabit.

“Saya percaya kedua-dua pasukan akan memberikan cab4ran yang s3ngit. Saya tidak tahu berapa perubahan yang akan dilakukan Malaysia.

“Kami beraksi dengan baik pada aksi sebelum ini (menang 1-0) tetapi aksi kali ini berbeza kerana ini adalah final,” katanya.

Terdahulu, Laos mengesahkan tiket ke final Kejuaraan B-19 2022 buat kali pertama selepas menumbangkan juara lima kali, Thailand 2-0 hasil jaringan Peter Phanthavong dan Damoth Thongkhamsavath.

Sementara itu, pemain Laos, Chanthavixay Khounthoumphone meniupkan kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya supaya tidak g3ntar untuk turun berdepan Malaysia pada aksi di Stadium Patriot Chandrabhaga, malam ini.

“Saya bangga kerana mencipta sejarah buat pasukan. Jurulatih menunjukkan apa yang perlu dilakukan di atas padang dan menggunakan strategi yang pernah digunakan.

sumber:bh

“Kami percaya pada kemampuan diri sendiri untuk menentang Malaysia dan kami tidak perlu takut untuk meraih kemenangan,” katanya.