sukan

Sang Badak siap sedia bertemu JDT

KOTA KINABALU: Sabah FC tidak mahu tert3kan kerana terlalu memikirkan untuk mencari kemenangan dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas, di sini, malam esok.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee, sebaliknya berkata tumpuan pasukannya ialah untuk kekal fokus sepanjang permainan, selain bermain dengan berdisiplin bagi menghadapi pemain JDT yang disifatkan cukup berkualiti.

Meskipun begitu, beliau mengakui kemenangan dalam perlawanan antara dua pendahulu Liga Super itu akan memberikan keyakinan tinggi kepada skuad Sang Badak untuk terus mara dalam saingan seterusnya.

“Kita tidak boleh terlalu memikirkan mengenai kemenangan. Apa yang penting adalah kekal fokus dan berdisiplin ketika kita bermain sepanjang perlawanan nanti.Kita tidak boleh terbvru-burv, sebaliknya perlu menggandakan usaha jika ingin mencapai kejayaan atau sekurang-kurangnya untuk mendapatkan sebarang mata,” katanya mengulas peluang Sabah FC menewaskan JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam esok.

Jelas Kim Swee, Sabah FC perlu lebih berhati-hati kerana pasukan JDT mempunyai pemain cukup berkualiti yang mampu menukar permainan dalam sekelip mata tanpa disedari.

Dalam pada itu, Kim Swee mengharapkan sokongan padu peminat bola sepak di Sabah yang dijangka memenuhi Stadium Likas malam esok untuk menjadi pemb4kar semangat kepada anak buahnya berdepan JDT.

Katanya, sokongan penonton ketika perlawanan mampu memberikan semangat yang padu kepada pemain untuk memastikan Sabah FC tidak kehil4ngan mata berharga terutama apabila beraksi di gelanggang sendiri.

“Kita mahu memastikan Sabah FC tidak kehilangan mata ketika bermain di hadapan penyokong tegar mereka. Sebab itu pemain perlu meningkatkan fokus serta berdisiplin bagi mengekalkan mom3ntum sedia ada agar tidak kehil4ngan mata,” katanya.

Pertemuan Sabah menentang JDT malam esok dianggap perlawanan s3ngit berikutan kedudukan masing-masing di tangga kedua dan teratas liga dengan perbezaan hanya satu mata ketika ini.

sumber:bh

Sabah FC setakat ini mengumpul 22 mata melalui 10 perlawanan, manakala JDT mengumpul 23 mata selepas sembilan perlawanan.