sukan

JDT jadi tumpuan Buat Sabah FC tunaikan Janji

KUALA LUMPUR: Pintas atau terlepas?

Itu situasi yang bakal dihadapi Sabah FC dan Terengganu FC (TFC) selepas masing masing akan melayan kunjungan pasukan berstatus Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di laman sendiri, malam ini.

Tumpuan pasti terarah kepada pertembungan ‘six pointer’ antara dua pasukan teratas liga ketika ini iaitu skuad Harimau Selatan (23 mata) dan skuad Badak (22 mata) yang ketika ini hanya dipisahkan dengan satu mata.

Dengan kelibat Negeri Sembilan FC (NSFC) yang menghimpun 20 mata terus menghambat mereka dari belakang, aksi ini mungkin menjadi motivasi ataupun memberi lebih tekanan buat mereka.

Berpaksikan kepada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu, aksi ini memberikan peluang keemasan untuk mereka membuktikan kredibiliti sebagai penc4bar sebenar kepada JDT bagi musim ini.

Beberapa pasukan lain sebelum ini sekadar mampu menjadi ‘penc4bar olok-olok’ apabila gagal meny3kat kemaraan JDT yang terus melvncur ke kayangan dalam pembvruan mahkota Liga Super buat kali kesembilan berturut turut.

Jadi, tiada perkara yang lebih baik untuk mengangkat reputasi Sabah FC selain kejayaan menewaskan anak buah Benjamin Mora sekali gus kembali ke puncak sekalipun JDT masih memiliki baki perlawanan dalam tangan.

Rekod di Stadium Likas juga boleh dikatakan baik apabila mereka menang tiga daripada empat perlawanan di hadapan penyokong sendiri, namun JDT belum lagi tew4s dalam tiga aksi di tempat lawan.

Cumanya, kali ini Sabah FC tampil bukan lagi sebagai ‘und3rdog’ kerana mereka kini adalah pasukan kedua terbaik Liga Super, jadi perlawanan seimbang mungkin dapat dijangkakan pada perlawanan malam ini.

Sementara itu, skuad Penyu pula akan berdepan skuad Kenari di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan motivasi yang besar selepas menyingkirkan lawan sama pada pusingan kedua Piala FA, minggu lalu.Ini pertembungan kedua berturut-turut untuk kedua dua pasukan dan anak buah Aidil Sharin Sahak pasti turun dengan misi membalas dendam selepas kemaraan dalam Piala FA disekat TFC apabila kecundang 1-0.

Sama seperti JDT dan Sabah FC, dua pasukan ini hanya dipisahkan dengan satu mata di tempat keempat dan kelima – satu lagi kemenangan TFC ke atas Kedah akan mel0njakkan mereka ke tangga keempat Liga Super.

Apa yang dijangka berbeza adalah aksi kali ini mungkin lebih berat buat anak buah Nafuzi Zain kerana Kedah sudah pasti akan belajar daripada kekalahan dan kekec3waan yang dirasai pada aksi Piala FA lalu.

T4ktikal lebih ampuh dan semangat meluap luap pasti diperagakan Sang Kenari untuk mengelak mereka daripada terj3rat dan j4tuh ke dalam ‘lub4ng’ yang sama pada malam ini.

sumber:bh

Aksi 90 minit tidak termasuk masa tambahan akan menjadi pemboleh ubah kepada kedudukan pasukan dalam Liga Super sama ada ‘berwajah baru’ ataupun tidak selepas wisel penamat dibunyikan.