sukan

Persoalan mula timbul

Johor Darul Ta’zim (JDT) harus tampil lebih agresif jika mahu mengembaiikan corak permainan konsisten bagi mengekalkan kedudukan teratas liga apabila bertandang ke Stadium Likas berdepan Sabah FC pada aksi Liga Super, malam ini.

Malah persembahan Harimau Selatan itu tampak tempang selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Melaka United (MU) pada aksi liga di Stadium Hang Jebat, 2 Julai lalu yang mengundang persoalan kemampuan skuad kendalian Benjamin Mora beraksi di tempat lawan.

Walaupun JDT baru menempuh sembilan perlawanan berbanding Sabah FC yang sudah mengharungi 10 perlawanan tapi dari segi pungutan mata JDT hanya berkelebihan satu mata ke atas Sabah FC selepas mengutip 23 mata dan kedudukan itu belum selamat untuk kekal di tangga teratas liga.

Justeru, Mora harus merancang strategi lebih ampuh untuk `menawan Likas’ yang dianggap kubu kuat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tatkala Sabah FC pastinya ingin menceriakan penyokong skuad The Rhinos yang bakal membanjiri Stadium Likas.

Apapun, Kim Swee terpaksa melupakan khidmat Stuart James Wilkin dan Irfan Fazail yang merupakan pemain pinjaman dari JDT dan kedua-dua pemain itu diketepikan untuk aksi men3ntang pasukan yang muncul juara liga lapan musim berturut-turut.

Di kem JDT, Mora mengharapkan kelibat Bergson Da Silva kembali pulih bagi menguatkan semula jentera s3rangan selepas mengalami kec3deraan ketika aksi men3ntang MU, baru-baru ini dan kelibat import dari Brazil itu amat ditagih selepas Fernando Forestieri bagaikan kehilangan rentak apabila tanpa Bergson.

Mora juga perlu memantapkan lagi posisi tengah bagi menghalang kelicikan dua tonggak Sabah FC iaitu Baddrol Bakhtiar dan pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama dan perlu juga menyekat larian pantas pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani yang mampu beri ancaman buat benteng JDT.

Persoalannya, adakah Mora akan menyenaraikan pemain import termahal Liga Malaysia (Liga M) musim ini iaitu Jordi Amat bagi mengukuhkan benteng JDT. Semuanya bakal terjawab apabila senarai akhir kesebelasan utama Harimau Selatan akan diputuskan sebelum pasukan itu turun beraksi di Stadium Likas, malam ini.

sumber:- HM

Sememangnya sasaran tiga mata menjadi sandaran buat JDT kerana aksi men3ntang Sabah FC ibarat ujian getir buat anak didik Mora bukan sahaja mahu kekal di tangga teratas malah ingin memastikan rekod tanpa kalah pasukan itu tidak tercalar.