sukan

Disokong sepenuhnya

Rentak ‘K-Pop’ perlu disemai bermula daripada skuad bawah 23 (B-23) bagi memudahkan tugas pengendali negara, Kim Pan-gon membentuk skuad Harimau Malaya.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, beliau menyokong penuh seandainya Pan-gon diberi ‘kuasa’ lebih bagi menentukan set kejurulatihan yang dimahukannya untuk membimbing skuad B-23.

Katanya, corak permainan bola sepak moden yang diterapkan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu terbukti membuahkan hasil apabila Malaysia layak ke Piala Asia tahun depan selepas muncul lima pasukan naib juara terbaik di saingan kelayakan bulan lalu.

“Kalau boleh biar alignment sama saja dari skuad bawah sampai ke senior. Pan-gon dah buktikan bahawa permainan yang diterapkan olehnya boleh diikuti pemain negara dan kalau ia bermula dari skuad B-23, dah tentu kita akan ada set permainan sama,” katanya ketika dihubungi.
Ujarnya lagi, siapa individu yang akan dilantik biar beliau tentukan dan jangan ada unsur campur tangan.

Pada saya, Pan-gon biar fokus kepada skuad senior tetapi jurulatih yang dilantik B-23 itu nanti mesti tahu apa corak permainan dan falsafah Pan-gon.

“Lagi baik sebenarnya, skuad B-19 dan B-16 pun datang dari jurulatih yang memahami kehendak Pan-gon. Lagi awal pemain muda faham, lagi senang nak bentuk pemain,” katanya.

Terdahulu, Maloney mencapai persetujuan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menamatkan kontraknya lebih awal yang sepatutnya berakhir hujung tahun ini.

Di media sosial, nama jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, Kim Hak Bum turut dikaitkan untuk mengemudi pasukan muda negara selain dua penolong Pan-gon itu.

sumber:- HM

Dua penolong Pan-gon dalam skuad senior adalah Pau Marti Vicente dan E Elavarasan.