sukan

Tindakan sewajarnya akan diambil berlaku di stadium Likas

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu insid3n kekecohan penyokong di Stadium Likas ketika aksi Liga Super antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dulu laporan daripada Komisinor Perlawanan mengenai insiden itu.

Ia selepas beberapa video insiden kekecohan membabitkan penyokong Sabah yang dilihat membaling botol dan merampas bendera Johor yang mula tersebar di media sosial.

Kami akan menyemak laporan MC (Komisinor Perlawanan) dan bertindak sewajarnya.

“Dari siaran langsung kami tidak dapat melihat sejauh mana, tetapi kami akan menunggu laporan MC untuk mengambil tindakan yang perlu,” katanya kepada Arena Metro.

Di laman sosial viral video membabitkan segelintir penyokong Sabah yang tidak dapat menahan kemarahan selepas JDT menjaringkan gol di minit akhir menerusi sepakan percuma Fernando Forresteri.

Segelintir penyokong dilihat membaling botol ke arah padang dan ada yang menjatuhkan bendera Johor, di mana tempat duduk penyokong tuan rumah dan pelawat dilihat tidak diasingkan sekali gus menyalahi prosedur operasi standard (SOP) kedudukan penyokong di stadium oleh tuan rumah.

sumber:- HM

Dalam aksi JDT menang 2-1 hasil dua jaringan Forresteri sementara gol Sabah disumbangkan Park Tae-su.