Ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner enggan memikirkan mengenai spekulasi yang mengaitkan bakal diganti dengan pengendali baharu.
Ia susulan pelbagai spekulasi sedang bertiup kencang ketika ini termasuk terbaharu mengatakan bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bakal mengambil alih tugas pengendali dari Jerman itu.
Feichtenbeiner bagaimanapun menegaskan, fokusnya sekarang ini adalah untuk menjalankan tugas sebaik mungkin terutama menjelang aksi g3tir berdepan pasukan jiran, Kuala Lumpur (KL) City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu ini.
“Saya tidak berminat mengenai perkara itu. Sekarang saya fokus kepada aksi berdepan KL City, ia satu lagi perlawanan yang sukar bagi pemain,” katanya selepas aksi berdepan Penang di Stadium MBPJ, semalam.
Sebelum ini, terdapat desakan daripada peminat Selangor supaya Feichtenbeiner digantikan dengan jurulatih baharu susulan prestasi kurang memuaskan Gergasi Merah dalam saingan Liga Super.
Namun, Selangor berjaya meraih kemenangan dalam dua aksi terakhir termasuk menewaskan KL City 1-0 di pusingan kedua Piala FA dan menundukkan Penang 2-0 dalam saingan Liga Super, semalam.
Selangor kini menghuni tangga kelima Liga Super selepas mengumpul 15 mata daripada 10 perlawanan, manakala Penang pula kekal di keudukan tercorot dengan tujuh mata.
Mengulas mengenai aksi berdepan Penang, Feichtenbeiner mengakui berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya hingga berjaya meraih tiga mata penting.
sumber:- BH
“Kami memiliki beberapa pemain yang bagus di bangku simpanan dan pasukan ini bukan sahaja bergantung kepada 11 pemain. Hari ini mereka menunjukkan aksi yang terbaik,” katanya.