sukan

Namanya kini jadi sebutan

Selain daripada nama Nidzam Jamil, nama bekas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, juga antara yang disebut-sebut sebagai teraju baru barisan kejurulatihan Selangor FC dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Johan Kamal Hamidon, tidak menolak perubahan perlu berlaku sekiranya keadaan semakin sukar buat Gergasi Merah selepas nasib Micheal Feinchtenbeiner, bagaikan telur di hujung tanduk.

sumber:- SA

Namun kejayaan melepasi halangan KL City di Piala FA melenyapkan seketika desas desus itu.
Apabila diusulkan nama Cheng Hoe, Johan lebih selesa berteka-teki, dengan menegaskan tiada sebarang keputusan yang boleh dikongsikan ketika ini.