sukan

Punca Disebalik JDT sering berjaya di minit akhir perlawanan

Mentaliti kemenangan adalah formula kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sering berjaya meraih gol di minit-minit akhir perlawanan termasuk menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Likas, malam tadi.

Gol kemenangan di minit 95 menerusi sepakan percuma Fernando Forestieri membolehkan JDT membawa pulang tiga mata penuh ketika ramai menjangkakan ia akan berakhir seri 1-1.

Jelas pengendali JDT, Benjamin Mora, gol saat akhir itu sebenarnya adalah yang ketiga buat skuad Harimau Selatan sepanjang musim ini termasuk ketika dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebelum ini.

Katanya, sikap tidak berputus asa dan mentaliti kemenangan yang diterapkan kepada pemain adalah sebab utama mengapa mereka sering berjaya meraih kemenangan di minit akhir perlawanan.

Dalam liga (Liga Super) ini adalah aksi kedua tapi sebelum ini ketika men3ntang Ulsan Hyundai (kelab Korea Selatan) dalam ACL.

Perancangan kami dari awal adalah mengawal permainan dan cuba raih gol seawal mungkin. Tetapi kemahuan kami dan bos (pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kami adalah tidak mudah berputus asa dan tidak akan menyerah kalah dan bukan untuk seri.

“Sebaliknya kami datang untuk tiga mata walaupun kita di ambang untuk kehilangan dua mata tetapi mereka terus berusaha,” katanya.

Dalam aksi itu, Sabah terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan Park Tae-su di minit 19 sebelum Forestieri meledak gol penyamaan lima minit kemudian serta gol kemenangan di masa kec3deraan babak kedua itu.

sumber:- HM

Dengan kemenangan itu, JDT semakin menjarakkan diri apabila mengumpul 26 mata untuk kekal di tangga pertama, sementara Sabah di belakang dengan 22 mata.