sukan

Waspada keupayaan Lawan

Arkitek Terengganu FC (TFC), Manuel Ott melaungkan keyakinan untuk memperagakan aksi terbaik apabila pasukannya bakal berdepan dengan Sabah FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada Selasa.

Bagaimanapun pemain berdarah kacukan Filipina-Jerman yang lebih mesra dipanggil ‘Manny’ tanpa berselindung sedar laluan g3tir bakal dilalui skuadnya untuk merakam kemenangan bertemu skuad Sang Badak itu.

Katanya, keupayaan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada bermaharajalela pada aksi Liga Super, Jumaat lalu jelas membuktikan pemain TFC perlu berwaspada dengan ancaman daripada skuad lawan.

Pemain kebangsaan Filipina itu menjelaskan, kehadiran ramai bekas pemain kebangsaan dalam skuad itu juga perlu diawasi bagi memastikan TFC tidak terjerat dan pulang dengan tangan kosong.

Saya dimaklumkan JDT menghadapi kesukaran ketika men3ntang Sabah FC, jadi sudah pasti ianya menjadi tugas sukar juga buat kami, di tambah skuad itu kini berada pada tahap prestasi terbaik bertepatan dengan kedudukan kedua dalam carta Liga Super di belakang JDT.

Lagipun penyokong mereka juga sudah pasti hadir memb4njiri stadium, situasi itu juga sedikit sebanyak bakal memberi kelebihan dan menyuntik semangat mereka ketika beraksi.

“Bagaimanapun dengan prestasi terkini pasukan TFC, selain saya juga sudah menemui semula sentuhan jaringan, kami akan cuba memberikan yang terbaik dalam misi meneruskan momentum kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, harap ianya menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ketika ditanya adakah dia bersedia untuk menyambung kontrak bersama TFC musim depan, pemain berusia 30 tahun itu menyerahkan kedudukannya kepada pihak pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd.

“Ya saya gembira jika dapat sambung kontrak lagi bersama TFC, penyokong di Terengganu juga sangat bagus, namun segalanya terpulang kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan,” katanya yang sudah menjaringkan dua gol setakat ini.

sumber:- HM

Pada aksi men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Jumaat lalu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, jaringan Ott pada babak kedua memastikan skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya mengutip tiga mata selepas melakar kemenangan 2-1 dan kejayaan itu membolehkan skuad itu kini menghuni di tangga keempat liga dengan mengutip 16 mata hasil sembilan perlawanan.