sukan

Usia Bukan Penghal4ng untuk berjaya

Walaupun usianya baharu 17 tahun, namun aksi lincahnya yang diibaratkan umpama ‘Messi’ menyebabkan namanya tetap terpilih untuk membarisi skuad bawah 19 (B-19) tahun negara di Kejuaraan AFF di Indonesia itu.

Pemain dimaksudkan itu ialah Haykal Danish Mohd Haizon yang beraksi cukup lincah pada aksi final yang menyaksikan skuad negara mudah menundukkan Laos 2-0 malam tadi.

Haykal, 17, pernah menggemparkan negara pada 2018 lalu apabila beraksi buat Paris Saint-Germain (PSG) B-13 dengan dia mel3dak gol cantik menerusi gerakan solo.

Malah, baru-baru ini dia juga diberi peluang menjalani latihan percubaan di Kelab FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg pada 19 Jun lalu sebelum menyertai skuad negara ke Indonesia.

Saya berasa bangga dan gembira apabila dapat membantu skuad negara dalam Kejohanan Piala AFF yang sudah berakhir. Ini adalah penampilan pertama saya bersama pasukan negara dan saya ingin pergi lebih jauh lagi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan sentiasa bersama saya sepanjang masa,” katanya.

Dia yang masih menuntut di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, di Gambang Pahang turut mendedikasikan ucapan terima kasih kepada jurulatihnya di sana.

Terima kasih juga kepada semua jurulatih yang pernah membimbing saya bermula dari Akademi Tunas NFDP sehinggalah saya berada di AMD.

sumber:- HM

“Latihan dan pengalaman semasa saya berada di AMD sudah banyak membentuk diri saya menjadi sebagaimana saya hari ini,” katanya.