sukan

Bimbingan Terbaik Demi masa depan skuad Bola sepak Malaysia

Pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Hassan Sazali Waras percaya kesemua pemain muda negara di bawah bimbingannya itu adalah wajah masa depan skuad bola sepak negara suatu hari nanti.

Jelas beliau, semua pemain B-19 yang menjuarai saingan AFF B-19 di Jakarta, Indonesia itu mempunyai kualiti dan mampu tampil lebih padu jika diberi lebih banyak pendedahan selepas ini.

Katanya lagi, perkembangan positif itu sebenarnya adalah hasil program pembangunan tersusun menerusi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) serta Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) yang mula menuai hasil.

Boleh saya katakan bahawa mereka semua akan jadi pemain senior. Ini adalah hasil pembangunan yang ada struktur di Malaysia sehingga dapat melahirkan pemain yang ada di peringkat pelapis ini.

“Terima kasih jurulatih yang terbabit dengan program itu (NFDP) dan banyak berusaha melahirkan pemain daripada akar umbi sehingga ke peringkat sekarang. Platform ini akan melahirkan pemain yang lebih berkualiti,” katanya.

Terdahulu, Malaysia merangkul kejuaraan AFF buat kali kedua selepas menundukkan Laos 2-0 pada aksi final di Stadium Patriot Chandrabhaga, Jumaat lalu.

Jaringan pada setiap babak menerusi Faiz Amer Runnizar dan Aliff Izwan Yuslan memastikan Malaysia berjaya membalas d3ndam atas kekalahan di tangan lawan sama pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Selepas ini, skuad B-19 akan beraksi di Kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia pada September ini untuk memburu slot ke pusingan akhir di Uzbekistan tahun depan.

sumber:- HM

Di Mongolia nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Sri Lanka dan tuan rumah Mongolia, dengan juara kumpulan layak secara automatik manakala lima naib juara terbaik daripada 10 kumpulan turut akan layak.