sukan

Bojan Hodak mengakui

Pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak mengakui ketiadaan beberapa tonggak utama ketika bertemu PJ City mempengaruhi persembahan pasukan hingga gagal membawa pulang tiga mata penuh pada saingan Liga Super kelmarin.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata selepas menamatkan perlawanan tanpa sebarang jaringan.

Bojan berkata, ketiadaan dua pemain utama seperti Akram Mahinan dan Paulo Josue menganggu rentak permainan terutama membabitkan di bahagian jentera serangan.

Beliau berkata, walaupun KL City menurun striker baru iaitu Jordan Mintah namun dilihat tidak banyak membantu mencipta gerakan berbahaya sekali gus terpaksa berpuas hati berkongsi mata dengan PJ City.

Boleh saya katakan sebenarnya KL City tidak mempunyai pemain yang mencukupi untuk berhadapan dengan PJ City kerana terdapat beberapa tonggak utama mengalami kec3deraan.

Namun, pujian harus diberikan kepada pemain muda yang baru kali pertama di turunkan pada perlawanan malam ini kerana mempamerkan aksi cukup konsisten dan ini cukup bagus untuk meningkatkan lagi keyakinan mereka.

“Kita ada melihat terdapat beberapa s3rangan berb@haya dilancarkan namun tidak mengakhirinya dengan jaringan gol. Situasi terbabit cukup merugikan pasukan,” katanya.

Sementara itu, pengendali PJ City P Maniam mengakui barisan anak buahnya beraksi lebih baik daripada tuan rumah cuma gagal menterjemahkan kepada gol.

Jika melihat kepada keseluruhan, pemain PJ City beraksi lebih baik cuma setiap s3rangan yang dilakukan tidak berjaya menghasilkan gol.

sumber:- HM

“Perkara terbabit harus diperbaiki kerana pemain sia-siakan peluang terhidang seterusnya merugikan pasukan dalam usaha mengumpul tiga mata penting,” katanya.