sukan

Hanya secara jualan online

Tiket perlawanan Liga Super membabitkan Sabah FC men3ntang Terengganu FC, malam esok, hanya dijual secara atas talian.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, tiada sebarang tiket fizikal yang akan dijual bagi perlawanan berkenaan dan peminat boleh membeli tiket masing-masing di https://ticket.tickethotline.com.my/home

Katanya, perlawanan dijadualkan bermula jam 8.15 malam dan penonton digalakkan supaya masuk seawal jam 6 petang bagi mengelakkan kesesakan.

Tiada sebarang perubahan harga untuk tiket dijual dan kita amat menggalakkan peminat dan penonton untuk membanjiri Stadium Likas bagi memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

“Manakala bagi perlawanan suku akhir Piala FA antara Sabah FC dan Selangor FC, Sabtu ini, dijadualkan bermula jam 7.30 malam dan penonton boleh masuk ke stadium bermula jam 5 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, pihaknya turut berharap penyokong supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak sesekali memb4ling botol atau sampah masuk ke dalam kawasan padang.

Sehubungan itu, Shamsuddin berkata, pihak SAFA juga memandang serius terhadap pematuhan keselamatan termasuk pencegahan penvlaran C0 VID-19.

Kita sekali lagi menggalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

sumber:- BH

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa bot0l minuman, payung dan topi kel3dar masuk ke dalam stadium,” katanya.