sukan

Kedah memiliki peluang cerah di tempat sendiri

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri untuk memburu kemenangan dalam aksi Liga Super menentang Sarawak United FC di Stadium Darul Aman malam esok.

Peluang terbaik untuk bangkit mendapatkan tiga mata selepas kempunan dalam lima perlawanan lalu yang berakhir dengan tiga kekalahan dan dua seri, tidak harus dilepaskan.

Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak kini menghuni tangga ketujuh liga dan kemenangan amat diperlukan untuk kembali berada dalam kelompok lima pasukan teratas Liga Super.

Aidil menggesa anak buah supaya tidak patah semangat, kekal fokus dan terus bekerja keras mencari rentak kemenangan selepas kekalahan 1-0 dan 2-1 di tangan Terengganu FC (TFC) sebelum ini.

“Kita tiada pilihan selain wajib mengutip tiga mata apabila beraksi di laman sendiri, dan peluang ini tidak harus disi4-si4kan memandangkan kita punyai kelebihan beraksi di laman sendiri dan dihadiri penyokong setia dalam perlawanan ini.

“Apa yang penting saya mahu pemain teruskan fokus, tingkatkan komitmen mereka dalam memburu kemenangan kerana kerana kita tidak boleh lagi kehilangan mata dengan kedudukan tangga ketujuh pada ketika ini.

“Saya juga yakin semua pemain kini memiliki peluang seimbang dan terbaik untuk membuktikan kemampuan masing-masing dan kebangkitan yang dicari kali ini tidak harus kita lepaskan,” kata Aidil.

Pada masa sama Aidil mengingatkan pemain-pemain untuk sentiasa berw4spada dengan kekuatan yang ada pada Sarawak United walaupun Sang Kenari pernah mengatasi The Crocs 1-0 pada awal musim ini.

“Kita harus sentiasa berw4spada dengan kekuatan yang dimiliki Sarawak United kerana mereka juga memiliki ketaj4man yang mampu memberi anc4man terutamanya daripada import berpengalaman Uche Agba dan Francis Kone.

“Jadi saya berharap pemain tidak menganggap mudah dan selesa walaupun beraksi di laman sendiri kerana pembVruan tiga mata cukup penting untuk KDA FC yang mahu bangkit di hadapan penyokong sendiri yang hadir pada kali ini,” katanya.

SUMBER:BH

Kedah setakat ini mengumpul 14 mata selepas 10 perlawanan sementara Sarawak United yang berada di tangga ke-10 mengumpul 10 mata daripada 11 perlawanan.