Syok Woo Baca

Kelantan FC Kini memiliki takhta Liga

Kelantan FC kembali mer4mpas takhta teratas liga daripada Terengganu FC II apabila menewaskan UiTM FC 1-0 dalam saingan Liga Perdana, petang tadi.

Tiga mata yang diperoleh itu menjadikan Kelantan kini mengumpul 25 mata sekali gus mengatasi TFC II dengan kelebihan dua mata selepas lawan itu sekadar seri 0-0 men3ntang Perak, Sabtu lalu.

Gol tunggal anak buah Rezal Zambery Yahya diperoleh daripada sepakan percuma, Syed Sobri Syed Mohd pada minit ke-76.

Babak pertama menyaksikan strategi ‘serba tak kena’ pasukan tuan rumah apabila beberapa percubaan termasuk menerusi Nurshamil Abd Ghani g4gal mengg3garkan gawang lawan.

Pelawat yang sesekali melakukan asakan hampir mencemaskan tuan rumah menerusi percubaan, Muhammad Eizrul Ashraf Nor Effendy tetapi terus didakap kemas penjaga gol, Nik Mohd Amin Ahmad.

Bersambung babak kedua, Kelantan mula beraksi garang apabila membuat beberapa percubaan menjaringkan gol.

Antaranya menerusi Belfort yang mer3mbat der4s ke gawang gol dan Felipe Hereda yang menanduk tinggi bola ke gawang.

sumber:- BH

Gol yang dicari tuan rumah akhirnya menjelma apabila Syed Sobri yang masuk sebagai pemain simpanan menceriakan 1,700 penonton yang hadir ke Stadium Muhammad IV, Kota Bharu apabila sepakan percumanya di luar kotak penalti menggegar gawang pelawat.