sukan

MFL akan perdengarkan Kes ini

Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan mendengar kes status dua pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck dan Sergio Aguero dalam masa terdekat.

Ini kerana soal sama ada pemain itu boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan atau tidak, masih `tergantung’ selepas Sri Pahang dilaporkan masih dalam usaha menjadikan mereka sebagai pemain naturalisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam mengesahkan Sri Pahang sudah mengemukakan surat kepada pihaknya untuk perkara itu dibawa kepada Ahli Lembaga Pengarah.

Katanya, selepas Ahli Lembaga Pengarah berkumpul dan mendengar kes atau rayuan daripada kelab berkenaan, pihaknya akan kemuka kenyataan rasmi selepas itu.

Saya boleh katakan di sini proses antara MFL dan Sri Pahang berjalan lancar disebabkan perkara itu memang termaktub di dalam manual, bukan perkara yang dicipta tapi memang sudah wujud.

Pemahaman dari Sri Pahang dan MFL juga sama dalam hal ini. Tapi Sri Pahang juga mempunyai kehendak mengenai perkara ini dan kita bersedia mendengar.

“Surat berkenaan sudah diserahkan kepada sekretariat dan saya sudah serahkan kepada Presiden MFL dan Ahli Lembaga Pengarah untuk mendengar kes ini dalam masa terdekat,” katanya.

sumber:- BH

Menurut peraturan MFL, pemain naturalisasi perlu melepasi tempoh lima tahun selepas mendapat kerakyatan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan, kecuali sekiranya pemain berkenaan berada di bawah program naturalisasi kebangsaan.