sukan

Pengganti Maloney bertemu Pan-Gon dulu

Nama bekas pemain kebangsaan Korea Selatan, Kim Dong-jin tiba-tiba dikaitkan dengan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara yang dikatakan calon pengganti kepada Brad Maloney.

Dong-jin, 40, mula dikaitkan selepas tersebar gambarnya bersama pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang dikongsinya di laman sosial miliknya dua hari lalu.

Walaupun tiada pengesahan mengenai butiran perjumpaan kedua-dua individu terbabit, namun ramai di laman sosial mengaitkan kemungkinan Pan-gon ke Hong Kong bagi membincangkan tawaran kepada Dong-jin.

Ketika ini, Dong-jin adalah penolong jurulatih di Kitchee SC dan disifatkan sebagai antara pengendali terbaik untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Maloney.

Berdasarkan semakan di laman sosial, Dong-jin mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai seorang pemain apabila pernah beraksi di Eropah bersama kelab Rusia, Zenit St Petersburg dari 2006-2009.

Dia juga membuat 62 penampilan bersama Korea Selatan dan berjaya meledak dua gol buat negaranya di pentas antarabangsa.

Menurut Sulaiman Hussin yang juga penolong jurulatih Kuching City FC melihat langkah Pan-gon mendapatkan Dong-jin tepat kerana masing-masing mengamalkan falsafah permainan sama.

Skuad B-23 ini adalah penyambung kepada skuad senior di bawah kendalian Pan-gon. Sudah tentu Pan-gon akan mencari jurulatih yang memahami corak permainan yang dimahukan bagi menyeragamkan permainan pasukan kebangsaan.

Namun jurulatih tempatan juga ada yang berpotensi dan boleh belajar sesuatu, katanya kepada Arena Metro.

Apapun, pengesahan rasmi tentang pelantikan jurulatih B-23 tahun negara hanya akan dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas Pan-gon mencadangkan individu yang difikirkan sesuai dengan keutamaan adalah pengendali yang turut mencorak falsafah permainan sama sepertinya.

sumber:- HM

Maloney minggu lalu melepaskan jawatan selepas mencapai persetujuan bersama FAM biarpun kontraknya hanya akan tamat hujung tahun ini.