sukan

Reaksi Aidil Sharin dalam aksi KDA FC

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak menarik nafas lega apabila anak buahnya merangkul tiga mata selepas membenam Sarawak United FC, 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Kemenangan menerusi dua gol Mahmoud Al-Mardi dan satu gol Ngah Wanja itu memberi tahap keyakinan baharu buat pemain yang mahu memastikan momentum pasukan dapat dikekalkan.

Ia penting bagi mengharungi saingan liga dan persiapan menjelang aksi separuh akhir zon Asean di Piala AFC di Bali, Indonesia, pada 9 Ogos depan.

Aidil berkata, beliau harus memuji semangat pemainnya yang berusaha memastikan kemenangan dan meletakkan Kedah kembali dalam kelompok lima pasukan teratas liga, walaupun beberapa utama tidak diturunkan akibat kecederaan dan penggantungan perlawanan.

Tiga mata dan kemenangan ini amat berharga selepas kami tewas dua kali kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi Piala FA dan Liga Super, sebelum ini.

Saya bersyukur kerana pemain bekerja keras mahukan kemenangan dan mereka memberi segala-galanya walaupun sebilangan daripada mereka kurang cergas.

“Mereka memahami keadaan serta tekanan untuk bangkit semula dengan kemenangan dan kami sudah jangkakan Sarawak akan lebih kompak di ruang pertahanan dan hanya akan melakukan s3rangan balas,” katanya.

Aidil berkata, cabaran sebenar Kedah pada ketika ini adalah mengekalkan tahap konsistensi permainan agar mendapat keputusan baik pada setiap perlawanan akan dihadapi.

Namun, beliau yakin, pemain mampu meningkatkan tahap permainan masing-masing selepas mendapat kemenangan dan pendedahan beraksi di peringkat antarabangsa seperti Piala AFC.

sumber:- HM

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak United, S Balachandran mengakui skuadnya terpaksa akur dengan kekalahan itu apabila gagal memanfaatkan setiap peluang yang hadir untuk menambah jaringan gol.