sukan

Selangor FC tetap fokus

Selangor FC tetap fokus membvru kemenangan dalam aksi ke-11 saingan Liga Super men3ntang Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini sekali gus bakal dinobatkan sebagai ‘Raja Lembah Klang’.

Pengendali pasukan, Michael Feichtenbeiner berkata, beliau mahu pemain mengekalkan rentak kemenangan seperti mana ketika cemerlang menundukkan Penang FC 2-0 di halaman sendiri Sabtu lalu.

Malah, kejayaan menundukkan KL City 1-0 di pusingan kedua Piala FA pada 8 Julai lalu bakal dijadikan azimat berguna untuk sekali lagi menewaskan jiran tetangga itu.

Saya nak fokus kepada pasukan saya dan kita akan bangkit bersama dan harungi satu perlawanan ke satu perlawanan. Kami ada jadual yang cukup padat bermula minggu ini, di mana dalam dua ke tiga hari akan ada satu perlawanan, dan saya fokus kepadanya.

“Saya fokus untuk aksi men3ntang KL City sekarang, ia aksi yang sukar men3ntang KL City dan ini tugas saya (untuk pastikan kemenangan),” katanya yang berasal dari Jerman.

sumber:- HM

Ketika ini, skuad Red Giants berada di tangga kelima liga dengan 15 mata selepas 10 aksi dengan merekodkan empat kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan, manakala KL City pula hanya dipisahkan satu mata di belakang Selangor dengan 14 mata dan berpeluang memintas lawannya itu jika mampu melakar tiga mata maksimum.