sukan

Walaupun tipis di puncak Liga

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan cengk4man di puncak Liga Super selepas menundukkan Penang FC, 1-0 pada aksi di Stadium Bandaraya, di sini, sebentar tadi.

Jaringan kemenangan skuad Benjamin Mora diperoleh pada minit ke-69 menerusi Fernando Rodrigue yang menanduk tepat ke arah gawang selepas menerima hantaran lintang daripada Arif Aiman.

Dalam aksi berkenaan Penang FC tampil dengan formasi 4-2-3-1 dengan Khairul Rokisham sebagai kapten pasukan terus mengemudi pertahanan dibantu Christian Rontini dengan tugas selaku pengempur kekal digalas Lucas Silva Hilal dan Hilal El-Helwe.

JDT jelas menguasai perlawanan dan bijak mencipta banyak percubaan berbahaya selain melancarkan s3rangan bertubu-tubi yang hampir meletakkan mereka di hadapan pada babak pertama.

Skuad Harimau Selatan melakukan percubaan membolosi gawang gol tuan rumah seawal minit ke-11 dengan Fernando Martin Forestieri menampan bola ke arah gol lawan sebelum Hong Wan melakukan rembatan tepat ke arah penjaga gol, Hafizul Hakim.

Penang mendapat peluang melakukan dua sepakan percuma pada minit ke-16 dan minit ke-25 masing-masing menerusi Gopi Rizqi dan Adib Ra’op namun gagal membuahkan hasil.

Malang bagi Gopi Rizqi tidak dapat meneruskan aksinya pada malam ini kerana mengalami kec3deraan sehingga terpaksa diusung keluar pada minit ke-32 dan tempatnya diganti T Saravanan.

Skuad Harimau Kumbang dilihat bertahan dengan baik dan sesekali melakukan serangan balas meskipun Harimau Selatan tampak lebih kerap memegang bola dengan pemainnya tangkas menutup peluang Penang untuk melakukan percubaan mencetak gol.

Bersambung babak kedua perlawanan Penang sekali lagi mendapat sepakan percuma pada minit ke-54, namun rembatan kencang Hilal El-Helwe jauh tersasar melepasi palang gol pasukan pelawat.

Pemain sayap lincah JDT, Arif Aiman membantu meletakkan pasukannya di hadapan menerusi hantaran lintang yang disempurnakan Rodrigue dengan tandukan gol tepat ke gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-69.

Keputusan kekal 1-0 sehingga perlawanan berakhir dalam aksi yang disaksikan seramai 6,252 penonton malam tadi.