sukan

Beregu campuran negara,Tampil aksu terpuji

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei menampilkan aksi terpuji apabila menyingkirkan pilihan ketiga kejohanan, Lee Jhe Huei-Hsu Ya Ching bagi mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka Taiwan, hari ini.

Pang Ron-Ee Wei yang menghuni ranking ke-94 dunia bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 21-23, 23-21, 21-14 ke atas Jhe Huei-Ya Ching yang juga wakil tuan rumah dalam aksi pusingan kedua.

Kami sangat gembira apabila dapat menewaskan pasangan Taiwan itu memandangkan mereka berada di kedudukan ranking dunia yang lebih tinggi (ke-26) dan lebih berpengalaman berbanding kami.

“Namun, kami tidak boleh terlalu gembira kerana kami perlu kembali fokus bagi menghadapi perlawanan seterusnya esok,” kata Ee Wei.

Pang Ron-Ee Wei yang mula digandingkan ketika saingan Masters Indonesia, bulan lalu dijadual bertemu pasangan India, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto bagi merebut tempat ke peringkat separuh akhir,, esok.

“Kami tidak pernah bertemu dengan mereka sebelum ini. Jadi, kami bincang dengan jurulatih untuk menghadapi mereka dan akan berjuang habis-habisan,” kata Ee Wei.

Sementara itu, perjuangan pemain perseorangan wanita negara, Eoon Xi Quan dalam saingan kali ini berakhir selepas tewas di tangan pemain Amerika Syarikat, Lauren Lam.

sumber:- BH

Pemain negara berusia 22 tahun itu terpaksa akur apabila tewas dalam pertarungan tiga set 21-18, 15-21, 15-21 sekali gus gagal meneruskan kemaraaan.