sukan

Disebalik Reaksi Pengganti Mora Aksi berdepan Penang

Jurulatih kecergasaan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Alvarez mengakui aksi men3ntang Penang FC bukan satu perlawanan yang mudah meskipun pihaknya menjangka dapat mengalahkan tuan rumah pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, di sini, kelmarin.

Kami tahu ia akan jadi permainan yang sukar apatah lagi apabila Penang FC bermain di laman sendiri. Separuh pertama, kami tidak begitu jelas dengan gaya permainan (lawan) tetapi separuh masa kedua, pemain dapat membaca pergerakan tuan rumah dengan lebih baik.

“Tahniah kepada semua pemain untuk kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan,” katanya selepas perlawanan berkesudahan 1-0 yang berpihak kepada mereka.

Alvarez diberi tanggungjawab menggantikan ketua jurulatih, Benjamin Mora yang tidak dapat hadir berikutan urusan peribadi pada perlawanan semalam.

Menurutnya, pemain sedia ada kelihatan cukup bersedia memberi persembahan terbaik dengan sedaya upaya meskipun beraksi tanpa kelibat pemain utama seperti Bergson da Silva, Leandro Velazquez dan Shane Lowry.

“Kami tahu kami mempunyai skuad yang besar jadi ia bagus yang mana kami dapat turunkan mana-mana pemain di bangku simpanan dan mereka bersedia memberikan aksi yang bagus,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cabaran membawa pasukan tanpa bimbingan Mora, Alvarez berkata setiap individu yang berada dalam pasukan JDT tahu apa yang perlu dilakukan.

Semua orang yang berkhidmat untuk JDT tahu apa yang harus mereka lakukan. Pemain tahu apa yang harus mereka lakukan dan mereka lakukannya dengan sangat baik.

“Kami ikut kelab. Kami ikut bos’ kami. Ia bukan soal cabaran tetapi adalah tanggungjawab mengenai apa yang patut dilakukan,” katanya.

sumber:- BH

Skuad Harimau Selatan dijadual beraksi men3ntang Melaka United FC pada perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat Sabtu ini.