sukan

Selangor FC Terlepas peluang

Selangor FC terlepas peluang untuk naik ke tangga keempat Liga Super selepas terikat 1-1 dengan pasukan jiran, Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

The Red Giants yang lebih menguasai permainan berjaya berada di depan pada minit ke-36 menerusi jaringan kapten pasukan, Brendan Gan selepas rembatannya tertampan Irfan Zakaria sebelum menerjah jaring.

Gergasi Merah sepatutnya boleh menamatkan babak pertama dengan lebih selesa jika tidak kerana kecemerlangan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza yang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya terutama yang dilakukan Hein Htet Aung pada masa kec3deraan.

Malang buat anak buah Michael Feichtenbeiner apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Ahmad Zikri Khalili dilayangkan kad merah pada minit ke-56.

KL City mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-65, namun ia disia-siakan Romel Morales apabila sepakannya diselamatkan penjaga gol Selangor, Sam Somerville.

Pemain kelahiran Colombia itu bagaimanapun menebus kekecewaan tiga minit kemudian apabila menanduk masuk bola hantaran Irfan untuk memadam kelebihan dimiliki Selangor.

sumber:- BH

Keputusan seri itu menyaksikan Selangor berada di kedudukan kelima dengan mengumpul 16 mata, menakala KL City di tangga ketujuh dengan 15 mata.