Legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, berkata dia hanya memerlukan 10 hari sebelum menerima jawatan penasihat teknikal Sri Pahang FC tetapi mengakui ada terma peribadi di antara kedua-dua pihak sebelum dia bersetuju untuk kembali ke arena bola sepak Malaysia selepas hampir 10 tahun meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Semalam, Sri Pahang mengumumkan pelantikan Fandi sebagai penasihat teknikal yang baru sambil Dollah Salleh pula akan memainkan peranan sebagai ketua jurulatih interim bagi menggantikan peranan Christophe Gamel yang tidak diterukan perkhidmatannya.
Sebelum ini, Fandi pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih JDT sekitar 2012 sebelum menyertai Lions X11 pada tahun berikutnya.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, dia berkata: “Saya mendapat panggilan daripada Tengku Muda (Presiden Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah) dan Tengku Muda berhajat untuk saya membantu pasukan Pahang buat sementara.
sumber:SA
“Saya mempunyai persetujuan bersama dengannya dan sebab itulah saya bersetuju untuk membantu buat sementara dan tidak sepenuhnya.”Insya-Allah sehari dua sebelum setiap perlawanan, saya akan mencuba untuk berada di sini,” katanya.