sukan

Menjadi sumber Pengeluar sebenar pemain muda di Malaysia

Prestasi pelatih Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) pada saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim ini meyakinkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa pasukan kebangsaan bakal memiliki barisan pelapis berwibawa pada masa depan.

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, pasukan AMD hanya membariskan skuad B-17 untuk bersaing di Piala Presiden, manakala Piala Belia pula menyaksikan pemain B-16 diberi peluang.

Agak mengejutkan dua pasukan AMD berjaya layak ke suku akhir Piala Presiden dan Piala Belia sedangkan umur mereka lebih muda. Inilah platform terbaik diberikan buat pasukan AMD untuk meraih pendedahan dan pengalaman apabila beraksi dengan pemain lebih umur agar mereka juga cepat matang dalam permainan,” katanya kepada Arena Metro.

Untuk rekod, Piala Presiden dikhususkan untuk pemain bawah 23 tahun manakala Piala Belia bawah 19 tahun.

Pasukan B-17 AMD muncul juara Kumpulan A saingan Piala Presiden untuk layak ke suku akhir yang dijadual berlangsung pada 25 Julai ini. Skuad B-16 AMD turut melangkah ke suku akhir Piala Belia dan ia dianggap pencapaian cemerlang daripada dua pasukan itu.

Berdasarkan undian suku akhir Piala Presiden, KL City akan bertemu JDT III, diikuti Selangor men3ntang Sabah, Penang FC berdepan AMD B-17 dan Kelantan United diuji Sri Pahang.

Dalam Piala Belia pula, AMD B-16 bakal men3ntang Selangor atau JDT IV; Kedah bertemu Terengganu IV; Kelantan United berdepan Sri Pahang dan PJ City bertemu sama ada Selangor atau JDT IV.

Sebelum ini, graduan AMD yang membarisi sebahagian besar skuad B-19 tahun negara beraksi cemerlang menjuarai Piala AFF B-19 di Indonesia.

Firdaus yang Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM berkata, tahap saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim ini meningkat dan cukup sengit.

Menurutnya, kualiti permainan yang diperagakan kesemua pasukan menunjukkan peningkatan biarpun ia hanya pertandingan peringkat umur.

Daripada pemerhatian pihak FAM, kita dapati prestasi pasukan dalam kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia menepati standard permainan yang kita harapkan.

sumber:- HM

“Kesemua pasukan menunjukkan prestasi tinggi yang saya kira perkembangan cukup baik bagi pembangunan bola sepak di negara kita ini,” katanya.