Kuala Lumpur: Penambahan kuota pemain import yang diperkenalkan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dapat membantu kem4tangan pemain tempatan sama ada di saingan Liga Super atau Liga Simpanan.
Malah, kemampuan dimiliki pemain import boleh menarik kehadiran ramai penonton ke stadium jika mereka dapat memberikan banyak sumbangan untuk pasukan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali, beliau tiada masalah menerima penambahan jumlah import 5+1 seperti dimaklumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi Liga Super selain kebenaran oleh MFL bagi pendaftaran 9 pemain import secara maksimvm kepada semua pasukan pada musim depan.Namun kuota penggunaan pemain pada hari perlawanan masih kekal iaitu 3+1 (Asia)+1 (Asean) dengan tambahan seorang pemain di bangku simpanan.
Tidak menafikan perkara itu pasti akan memberikan peningkatan dari segi bajet pasukan, beliau berkata mereka perlu sentiasa rasi0nal dalam aspek perbelanjaan.Penambahan import ini akan menaikkan lagi mutu liga kita kerana mereka boleh menjadi contoh kepada pemain-pemain muda.
“Mereka (pemain-pemain muda) boleh melihat bagaimana pemain luar ini bekerja serta sejauh mana tahap profesional yang dimiliki. Saya anggap ini satu perubahan yang berani selain cab4ran baharu bagi semua pasukan dan harap kita boleh mendapat keputusan memuaskan,” katanya.
Sementara itu, CEO Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard, melihat perspektif itu membantu lagi kekuatan kelab-kelab negara yang akan bersaing di peringkat AFC.Kita kena ikuti kelab lain di luar negara yang ada membariskan tujuh ke lapan pemain import dalam liga mereka. Sepertimana Jepun, mereka ada slot import yang tinggi (tidak terhad) tetapi mereka berjaya melakukannya dengan baik di Liga Juara-juara AFC dan mungkin kita boleh ikuti cara mereka secara perlahan-lahan,” kata Stanley.
Sebagai perbandingan, Liga Profesional Arab Saudi membenarkan pengambilan pemain import seramai lapan pemain, dan tujuh daripada mereka dibenarkan beraksi serentak dalam satu-satu perlawanan.
sumber:hmetro
Manakala Liga Thailand membenarkan tujuh pemain import dalam saingan Thai League 1 yang boleh menurunkan kesemua t0nggak import dalam sesuatu perlawanan, dan lima import bagi Thai League 2.