sukan

Tekad Pemain Melaka United bertemu JDT

Pemain muda Melaka United (MU) Harith Naem Jaineh bertekad memberi persembahan terbaik ketika berdepan ujian getir men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam esok.

Striker skuad bawah 23 kebangsaan itu menganggap, perlawanan terbabit diakui amat berduri buat Melaka kerana berdepan pasukan terhebat di Malaysia serta antara kelab terbaik di Asia.

Katanya, jika diberi tugasan pastinya dia tidak mahu melepaskan kesempatan untuk melakukan gerakan positif di posisi sayap dan melakukan hantaran mahupun mengintai ruang mencipta gol.

Menurutnya, di atas kertas lawan memiliki pelbagai kelebihan namun sebagai pemain, perjuangan tidak akan terhenti untuk terus berusaha sehabis baik sehingga ke wisel terakhir perlawanan.

Malah diberi ruang beraksi dalam tempoh 20 minit terakhir ketika Melaka mengikat JDT 1-1 di gelanggang sama pada aksi Liga Super sebelum ini jelas azimat berharga buatnya untuk menyerlah.

“Saya akan memberikan 100 peratus persembahan dalam perlawanan kali ini kerana fokus yang jitu amat diperlukan untuk menembusi pertahanan kental pelawat yang dibarisi pemain kebangsaan dan import terbaik.

Pengalaman beraksi bersama skuad B-23 kebangsaan selain Selangor FC II dan Sabah sebelum ini sentiasa menjadi panduan saya untuk meningkatkan prestasi semasa,”katanya.

Dia yang sering diberi tugasan sebagai `super bub’ buat skuad berkenaan sebelum ini jelas memiliki corak permainan lincah yang mampu mengelirukan pertahanan lawan.

Dengan semangat juang dan keazaman tinggi dia jelas mahu membantu kecemerlangan pasukan Hang Tuah dengan kini terarah untuk beraksi lebih agresif berdepan skuad Harimau Selatan.

sumber:- HM

Pemain kelahiran Kota Belud terbabit juga mengakui persembahan pasukan Melaka kini semakin baik namun apa yang penting semangat berpasukan akan terus berjaya diserap bagi mengimbangi kekuatan lawan malam esok.T