sukan

Tidak Perlu Ikut apa yang dilakukan di Liga Perdana Inggeris

KEPTUSAN Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang membenarkan kelab Liga Super mendaftarkan sehingga sembilan pemain import mulai musim depan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Bagi pemerhati sukan, Dr Pekan Ramli, beliau secara peribadi berpandangan, keputusan itu hanya akan memberi kelebihan kepada pasukan yang mempunyai kedudukan sumber kewangan kukuh.

Malah, beliau juga tidak tolak kemungkinan mas4lah tunggakan gaji pemain akan menjadi lebih tervk disebabkan beberapa pasukan yang mempunyai bajet kecil akan tetap mengambil pemain import lebih daripada kemampuan mereka.

Pada saya, perkara ini perlu diberi perhatian serivs. Sebab kalau MFL beri kebenaran kelab Liga Super ambil sembilan pemain import, ia hanya akan beri kelebihan kepada pasukan yang mempunyai bajet besar.

Jadi ia secara tidak langsung akan menyebabkan pasukan yang tidak mempunyai kewangan kukuh akan terus ketinggalan di belakang, sekali gus tidak mampu untuk memberi saingan lebih kompetitif dalam Liga Super.

Lebih membimbangkan, mas4lah tungg4kan gaji pemain akan semakin meluas. Saya takut ada pasukan yang tak ‘ukur baju di badan sendiri’ walaupun mereka tak mampu dari segi kewangan.

Ada pasukan ambil sembilan import, pasukan itu juga nak ambil sembilan import. Akhirnya nanti nama liga kita yang akan jadi bvruk kerana mas4alah tungg4kan gaji, katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Pada Rabu, MFL memaklumkan kesemua kelab Liga Super boleh mendaftarkan sehingga sembilan pemain import mulai musim depan selepas badan pengelola Liga-M itu membuat penstrukturan liga domestik.

Namun, MFL hanya membenarkan lima pemain import termasuk satu import Asia dan satu dari ASEAN beraksi pada satu masa dengan hanya tambahan seorang pemain di bangku simpanan.

Malah, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan turut mengingatkan kepada setiap kelab untuk mendaftarkan sama ada sembilan atau kurang daripada jumlah itu mengikut kemampuan kewangan mereka.

Ketika ditanya berkenaan solusi terbaik bagi menangani masalah ‘lambakan’ pemain import di pentas Liga Super, Pekan mencadangkan kuota yang diberikan MFL kepada setiap kelab itu dikurangkan.

Daripada sembilan, mungkin kita patut bermula dengan enam pemain import. Kita jangan terikut-ikut sangat seperti apa yang dilakukan di Liga Perdana Inggeris (EPL)yang membenarkan ramai pemain import didaftarkan dalam pasukan.

Kalau nak kata ia untuk kelab yang bertanding pada Piala AFC atau Liga Juara-Juara Asia (ACL) ada berapa saja kelab Liga-M yang bertanding dalam kedua-dua kejohanan di pentas Asia itu.

sumber:- SH

“Ini bukan bermaksud saya tidak bersetuju langsung dengan pertambahan kuota pemain import kepada pasukan Liga Super tetapi takut nanti yang rugi adalah liga kita sendiri nanti,” ujarnya.