sukan

Nasib JDT di saat akhir

JDT Sekali lagi mencipta kemenangan penuh Dramatik di minit akhir perlawanan, Untuk musim ini JDT sudah beberapa kali cipta kemenangan di minit akhir termasuk di pentas ACL.

Jaringan masa kec3deraan Bergson da Silva membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka United (MU) 2-1 pada aksi suku akhir di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Sejak awal permainan JDT terus mengasak kubu tuan rumah bagi memastikan mereka tidak dikejutkan Melaka yang mahu mencetak keceriaan mengecewakan barisan pelawat dalam memburu tiket layak ke separuh akhir.

Kesungguhan tinggi pelawat membolehkan mereka berjaya meledak gol pertama seawal minit keempat menerusi Hazwan Bakri sekali gus mengejutkan tuan rumah yang baharu cuba mengatur gerak untuk memasuki kubu pelawat.

Jaringan terbabit berpunca daripada hantaran lintang Leandro Velazquez dari sebelah kiri gawang Melaka yang ditanduk tepat Hazwan ke dalam gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol Tian Keat See.

Selebihnya Harimau Selatan terus menguasai permainan dengan hantaran menarik dalam usaha mereka memburu jaringan kedua, sementara Melaka lebih banyak bertahan di kawasan sendiri.

Malah mereka memperolehi beberapa peluang menambah gol namun percubaan Arif Aiman dan Forestier pada minit ke-10 dan m-12 gagal menuju sasaran.

Tuan rumah yang lemas diasak pelawat pada awal permainan hanya mampu mencipta percubaan menerusi Sony Norde pada ke-27 namun rembatannya tinggi melepasi palang gol JDT.

Biarpun skuad Hang Tuah cuba bangkit mengawal permainan, lawan jelas menggunakan kepantasan corak permainan mereka untuk melakukan gerakan sekali gus meletakkan tuan rumah gagal mengimbangi perencanaan JDT pada babak pertama perlawanan.

Episod kedua meyaksikan persembahan lebih menarik menerusi percubaan bahaya Harimau Selatan sementara Melaka juga berusaha agresif untuk menyaingi pelawat bagi mengulangi kecemerlangan mereka mengikat JDT 1-1 di pentas liga Super di gelanggang sama sebelum ini.

Apapun, percubaan awal menerusi Leandro (m-49), Forestier (m-51) dan Hazwan Bakri empat minit selepas itu gagal mencipta jaringan kedua sementara pemain gantian Wan Zaharulnizam Wan Zakaria berjaya mencipta percubaan tepat pada m-53 dan Norde (m-79) buat Melaka namun diselamatkan penjaga gol kebangsaan Farizal Marlias.

Ketika JDT dilihat memiliki kelebihan, tuan rumah tiba-tiba berjaya mencipta jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti pada m-84 menerusi Norde untuk mengikat lawan.

Jaringan penalti berkenaan terhasil selepas Norde dijatuhkan Leandro meletakkan pertarvngan lebih menarik diikuti empat minit selepas itu striker Haiti terbabit hampir meletakkan pasukannya di depan namun tolakannya diselamatkan Farizal.

sumber:- HM

Namun tambahan masa kec3deraan menjadi tuah buat JDT untuk jaringan menerusi tandukan Bergson selepas menerima hantaran Nazmi Faiz untuk memastikan mereka mara ke separuh akhir.