Syok Woo Baca

Selangor FC berjaya ke suku akhir, Sabah FC kecewa di laman sendiri

Selangor mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Sabah 2-0 pada saingan suku akhir di Stadium Likas, malam ini.

Keputusan itu memperlihatkan usaha Sabah untuk cuba memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri sekali lagi gagal, malah dikejutkan dengan jaringan seawal minit pertama.

Ia sekali gus memberi kekuatan kepada Selangor untuk memenangi perlawanan dengan lebih yakin, manakala Sabah umpama ditimpa malang apabila sudah ketinggalan 1-0 bermula awal permainan.

Kesilapan pertahanan Sabah yang menyangka pemain Selangor berada dalam kedudukan ofsaid ketika melakukan s3rangan mengejut sejurus perlawanan bermula itu ternyata membawa padah kepada skuad Sang Badak.

Gol berkenaan dijaringkan pemain import Selangor, Hyuri Henrique selepas gagal dihalang penjaga gol Sabah, Damien Lim yang keluar awal dari pintu gawang untuk cuba menangkap bola.

Jaringan berkenaan ternyata mengundang tekanan kepada skuad Sang Badak lebih-lebih lagi bermain di hadapan kira-kira 20,000 penyokong untuk mencari gol penyamaan.

Selepas insid3n minit pertama itu, Sabah cuba bangkit dan melakukan beberapa cubaan menarik terutama menerusi pemain berpengalaman, Amri Yahya dan Baddrol Bakhtiar, namun tiada yang berjaya membuahkan hasil hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor kelihatan semakin agresif untuk menambah jaringan hingga menyebabkan permainan Sabah agak kucar-kacir dalam mempertahankan gawang.

S#rangan balas dilakukan skuad Sang Badak juga kelihatan tidak teratur berikutan banyak hantaran gagal ditujukan kepada rakan sepasukan, sebaliknya mudah dipintas pasukan lawan.

Namun, Sabah berjaya mendapat banyak sepakan sudut dan sepakan percuma sepanjang babak kedua permainan, cuma tiada yang berjaya diterjemahkan kepada jaringan seperti beberapa situasi bola mat! dalam perlawanan sebelum ini.

sumber:- BH

Selangor kemudian menambah tekanan kepada tuan rumah apabila mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-80 melalui Herlison Caion dalam s3rangan balas dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.