sukan

Penang FC mara ke separuh akhir Piala FA

Penang FC mara ke separuh akhir Piala FA selepas memb3lasah Sri Pahang FC 5-2 pada aksi suku akhir di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Aksi suku akhir itu menyaksikan permainan diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 sebaik tamat 90 minit perlawanan.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang harus menyalahkan diri sendiri kerana bermula cemerlang apabila menjaringkan gol pendahuluan hasil sentuhan Steven Rodriguez selepas menewaskan penjaga gol lawan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy pada minit ke-11.

Tersentak dengan jaringan itu, Penang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan dan hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi Lucas Espindola tetapi bola tendangan striker import itu sedikit tersasar pada minit ke-17.

Selang dua minit, pemain pertahanan Sri Pahang, Azwan Aripin menjaringkan gol kedua buat skuad itu hasil rembatan dari luar kotak penalti sekali gus menewaskan Hafizul Hakim buat kali kedua.

Ketinggalan 2-0, Penang menggandakan asakan ke kubu Sri Pahang untuk mengurangkan defisit gol tetapi berjaya disekat jentera pertahanan tuan rumah.

Tidak mengenal erti putus asa, pasukan lawan akhirnya berjaya merapatkan jurang gol 1-2 hasil jaringan pemain tengah, T Saravanan pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Penang yang ketinggalan 1-2 terus memberi tekanan kepada tuan rumah untuk mencari gol penyamaan.

Pada minit ke-72, bola tendangan penyerang import Penang, Hilal Alhelwe hampir membolosi gawang tuan rumah tetapi ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Mamadou Samassa menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Sri Pahang hampir mendapat gol ketiga menerusi Manuel Hidalgo tetapi bola tendangan pemain import itu ditepis keluar Hafizul Hakim pada minit ke-79.

Pada minit ke-86, Penang berjaya menjaringkan gol penyamaan 2-2 hasil sentuhan Hilal.

Di penghujung permainan, Sri Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ashar Al Aafiz Abdullah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, S Logeswaran selepas mengasari Muhammad Adib Abdul Ra’op.

Keputusan seri 2-2 kekal sehingga tamat 90 minit permainan sekali gus perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Beraksi pada masa tambahan, Penang berjaya menjaringkan dua gol pantas hasil sentuhan Espindola dan Hilal pada minit ke-96 dan 98.

Pada minit ke-104, Hidalgo dilayangkan kad merah yang menyaksikan Sri Pahang beraksi dengan sembilan pemain.

sumber:- BH

Kekurangan dua pemain menyaksikan Penang berjaya menambah gol kelima hasil jaringan K Thivandaran pada minit ke-116.