sukan

Kehadiran Kipre Tchetche Bantu TFC

Selepas mel3dak dua gol ketika membantu Terengganu FC (TFC) memb3lasah Kuching City FC (KCFC) 4-1 pada aksi suku akhir Piala FA, Sabtu lalu, semangat striker, Kipre Tchetche kian membara.

Pemain kelahiran Ivory Coast yang digelar ‘Drogba Ganu’ itu bertekad untuk mengulangi pencapaian itu apabila TFC bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bertemu Negeri Sembilan FC (NSFC), pada aksi Liga Super, Rabu ini.

Bekas tonggak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim 2020 hingga 2021 yang sebelum itu menyarung jersi TFC berkata, dia meletakkan harapan tinggi agar aksinya terus menjadi walaupun sedar bakal dikawal ketat pertahanan lawan.

Kami tidak boleh keciciran mata lagi, sebaliknya perlu berusaha untuk membawa pulang mata kerana kegagalan mengutip mata membuatkan kami lebih jauh ketinggalan dengan kelompok atasan Liga Super.

Kami tahu bertemu skuad NSFC bukan tugas mudah, lebih-lebih lagi beraksi di tempat mereka yang kini menduduki tangga ketiga liga.

“Pada perlawanan pusingan pertama sebelum ini, kami seri tanpa jaringan, jadi kami perlu memperbaiki corak permainan untuk membawa pulang tiga mata,” katanya.

Mengulas pertemuan dengan KCFC, striker berusia 35 tahun itu mengakui rezekinya apabila berjaya meledak dua gol sebaik dimasukkan pada minit ke-60 menggantikan kapten, Kpah Sherman.

Saya dimasukkan sebagai pemain gantian, saya tidak mendapat banyak bola, namun bernasib baik dua tiga peluang dimiliki berjaya disudahkan dengan jaringan.

sumber:- HM

“Kerjasama rakan sepasukan banyak membantu saya untuk menjaringkan gol, saya harap momentum ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya,” katanya.