sukan

Kini Pasti Dan Sah Keputusannya

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) pada Selasa mengesahkan perlawanan separuh akhir Piala FA akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos ini.

Menurut kenyataan MFL, aksi pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri akan berlangsung pada 5 Ogos manakala Terengganu FC (TFC) dan Selangor FC akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus pada 6 Ogos.Kedua-dua perlawanan separuh akhir itu dijadual bermula 9 malam.

Pada masa sama, MFL memaklumkan perlawanan Liga Super membabitkan TFC dan Selangor FC yang akan menentang lawan masing-masing pada 4 Ogos terpaksa dipinda susulan kemaraan kedua-dua pasukan ke separuh akhir Piala FA.

Berdasarkan tarikh baharu yang ditetapkan, TFC bakal bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 21 Ogos manakala Selangor FC akan menjadi tuan rumah kepada Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari yang sama.

sumber:- SH

Venue bagi perlawanan akhir Piala FA setakat ini masih belum dimuktamadkan. – Bernama