sukan

Misi mencari emas

Kuala Lumpur: Misi membvru emas dalam acara badminton berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham bukan must4hil untuk direalisasikan.

Namun ia menuntut kerjasama dan semangat jitu daripada semua pemain biarpun tanpa kehadiran jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.Bagi pemain beregu wanita negara, M Thinaah, dia tetap optimis dan positif kerana tiada yang mustahil untuk Malaysia.

malaysia mendominasi acara berpasukan campuran sejak 2006 namun terpaksa akur selepas terlepas emas kepada India empat tahun lalu di Gold Coast, Australia. “Semua pasukan yang bert4nding mempunyai peluang. Begitu juga dengan kita. Kami bermain sebagai satu pasukan. Kal4h atau menang juga sebagai satu pasukan.

“Semuanya bergantung kepada siapa yang bermain dengan baik pada hari perlawanan. Saya yakin dengan kekuatan yang ada. Yang penting sekarang adalah kena sokong satu sama lain sebagai satu pasukan, menang atau kalah kena beri sokongan kepada satu sama lain,” katanya.

Barisan pemain negara akan turun dengan misi untuk merampas emas dari India akan membuka tirai kejohanan secara rasminya awal pagi Jumaat ini yang akan diketuai oleh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Thinaah akan turun bergandingan bersama Pearly Tan dalam acara beregu wanita manakala Ng Tze Yong mengg4las tugas dalam acara perseorangan lelaki selain dua beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Manakala juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei menggalas cabaran negara dalam acara perseorangan wanita.

sumber:hmetro

Pada saingan kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan 4 bersama Afrika Selatan, Jamaica dan Zambia dengan dua pasukan teratas layak ke pusingan kal4h m4ti. Skuad negara akan membuka tir4i kempen menentang Zambia Jumaat ini.